Carian Anda

ARCA PERAHU PAYANG DI LALUAN MASUK UTAMA UMT



Year

2023


Description
PERAHU PAYANG SEBAGAI ARCA Mengapa perahu payang dijadikan arca? Bagi yang tidak mengenali perahu payang, perahu ini merupakan salah satu daripada pelbagai jenis perahu tradisional Negeri Terengganu. Perahu Payang menggunakan layar merupakan perahu tradisi terbesar digunakan di Terengganu untuk menangkap ikan. Perahu ini dikenali sebagai perahu payang berdasarkan operasi memukatnya yang kebiasaan menggunakan pukat payang. Ciri ciri lain yang membezakan perahu payang dengan perahu-perahu lain adalah berdasarkan reka bentuk kepala bangau yang terletak di bahagian hujung hadapan perahu. Pemilihan perahu payang sebagai arca dilihat bertepatan dengan simbolik mewakili dunia kelautan dan juga identiti Negeri Terengganu. Elemen pengangkutan air digabungkan dengan elemen tradisional Negeri Terengganu menjadikan perahu payang sebagai subjek arca yang bertepatan. Gabungan ini secara tidak langsung menunjukkan UMT berusaha dalam memartabatkan seni tradisional Negeri Terengganu di dalam kampus. METAFORA SEBAGAI KONSEP REKABENTUK. Metafora merupakan satu terma rekabentuk iaitu menggunakan sesuatu objek asal sebagai bahan untuk diolah menjadi satu rekabentuk yang baharu. Perahu payang dijadikan metafora sebagai subjek utama reka bentuk arca ini. Reka bentuk menggunakan metafora tidak semestinya mengambil keseluruhan rupa bentuk asal. Di sini, metafora perahu payang hanya mengambil sebahagian badan perahu dengan kepala bangau untuk dijadikan arca. Sekiranya diperhatikan, arca tersebut menonjolkan ornamen kepala bangau perahu dengan ukiran kayu cengal bermotifkan seni ukiran awan larat yang indah. Kedudukan metafora perahu tersebut yang mendongak 45 darjah ke atas bermaksud 'Mara ke Hadapan dan Peningkatan Berterusan' (Soaring Upwards). Sebagai kesimpulannya, reka bentuk arca perahu payang di hadapan pintu masuk utama kampus bukanlah bermaksud yang negatif tetapi adalah sebaliknya. Dengan meletakkan arca tersebut di hadapan laluan masuk utama, secara tidak langsung menunjukkan UMT cakna dengan seni tradisi Terengganu serta menunjukkan teras kelautan bersesuaian dengan slogan 'Terokaan Seluas Lautan, Demi Kelestarian Sejagat'. Sumber: Halaman Facebook : Universiti Malaysia Terengganu -UMT Putrajaya

Leave a Reply

Latest Updated
(Administrator)
News

Materials

Kayu dan simen

Other Images

ARCA PERAHU PAYANG DI LALUAN MASUK UTAMA UMT

Other Interesting Locations

Art WeMe Contemporary Gallery
New

Echo
Galeri, Studio & Residensi

Perpustakaan Kuala Kangsar
New

Echo
Ekosistem Lain

Teratak Warna Studio
New

Echo
Galeri, Studio & Residensi

Replika Pohon Balak
New

Echo
Karya Seni Awam

Balai Seni Negara
New

Echo
Galeri, Studio & Residensi

Escape
New

Echo
Lorong Seni

Suma Orientalis
New

Echo
Galeri, Studio & Residensi

Aidea Art & Frame
New

Echo
Ekosistem Lain

Tapak Gallery
New

Echo
Galeri, Studio & Residensi

Shorn Hair
New

Echo
Lorong Seni

Clay expression
New

Echo
Galeri, Studio & Residensi

Rumah MawArt
New

Echo
Galeri, Studio & Residensi

Advance Art Supplies
New

Echo
Ekosistem Lain

Mural Labuan Airport
New

Echo
Karya Seni Awam

THE STAR

01. Go on a street art trail in Kota Kinabalu to learn more about the city

Saturday, 11 Mar 2023 9:05 AM MYT  - By GISELE SOO

Kota Kinabalu in Sabah has always been on my list of places to travel to. So, when the opportunity to visit the city during a work trip came along, I was more than happy to volunteer.

NEW STRAITS TIMES

Mural art trail crosses city

December 16, 2014 @ 8:18am By Diana Yeoh

IPOH: PERAK has unveiled the “Ipoh Mural Art” trail map which showcases the artworks in seven locations in the city here. This two hour-long trail will cover places from Jalan Tun Sambanthan to Jalan Bandar Timah-Jalan Panglima-Jalan Bijeh Timah-Jalan Market and Jalan Sultan Iskandar, before ending at Jalan Masjid. Most of the mural arts are drawn by local artists Eric Lai, Bryan Tan, Chris Chow and Mohd Najib Zainudin. Even the famed Ernest Zacharevic from Lithuania had contributed his efforts in creating a mural piece for Ipoh.